Batu Hakikat asalnya ialah batu bukit/ gunung. ada juga orang
mengelarkan batu ini sebagai batu badar lumut. ini kerana ia mempunyai
sejumlah tumbuhan lumut didalamnya dan ia adalah batu hidup bersifat
sejuk. Dikatakan batu ini mempunyai khasiat seperti menundukkan musuh, menghilangkan sakit dan meyembuhkan penyakit,
menghindarkan ganguan makhluk halus, menghilangkan darah gemuruh, serta
untuk keselamatan diri.
2. BATU PANCA NUR
Batu Panca Nur atau pancha warna adalah sejenis batu akik bercirikan lebih dari dua ke lima warna. Kelebihan dimata umum ialah pada lima warna ini iaitu merah, hijau, kuning, hitam, putih kerana mempengaruhi kekuatan lima pancaindera manusia. Batu Panca Nur yang asli ialah apabila dipegang terasa berat dan getarannya. Batu Panca Nur ini kekuatannya dikatakan mempunyai khasiat seperti berikut:
- Memancarkan cahaya wajah yang menawan kepada sipemakainya
- Memancarkan seri kewibawaan lalu akan dihormati oleh orang sekeliling.
- Membangkitkan rasa percaya dan keyakinan yang tinggi dikhalayak ramai
- Menjadikan musuh tidak berupaya untuk membuat sesuatu yang jahat pada kita. - Orang akan menjadi kagum, sangat percaya dan tertegun dengan kata-kata kita.
3. BATU LAFADH
Batu Lafadh adalah berbentuk/ bergambar/ bertulis secara semulajadi padanya kalimah Allah atau huruf-huruf kalimah . Amat-amat jarang ditemui di dunia perbatuan. Jika ditemui batu jenis ini, anda perlu berhati-hati dan meneliti sepenuhnya kerana terdapat banyak batu-batu campuran yang dibentuk seakan batu-batu yang asli yang mana disebut batu sintesis.
4. BATU SERAI
Batu Serai hanya diperolehi daripada pokok serai kampung yang
berbunga atau pada tumbuhan-tumbuhan yang mengeluarkan bunga seakan
bunga padi. Untuk makluman semua, pokok serai adalah tumbuhan yang amat
sukar untuk mengeluarkan bunga dan pokok serai yang mengeluarkan bunga
amat sukar dan jarang-jarang untuk ditemui. Jika ditemui pokok serai
berbunga, untuk mengambil batu-batu yang terdapat dibahagian bawah perdu
pokok serai tersebut memerlukan kaedah dan cara-cara yang tertentu dan
hanya orang-orang yang arif dengannya saja yang berjaya mendapatkan batu
serai. Terdapat pelbagai jenis warna yang biasa didapati seperti warna
merah, kuning, warna jernih, biru,hijau dan unggu. Kelebihan dan
keistimewaan batu serai dimata umum ialah untuk pemanis dan pelaris.
5. BATU ZAMRUD
Emrald atau zamrud merupakan batu permata bewarna hijau yang
sentiasa dikagumi ramai sejak dahulu lagi. Peminat batu cincin
kebanyakannya mengakui batu ini adalah amat cantik dan berkhasiat tinggi
dari segi spiritual. Kekerasan zamrud dalam skala Mohs ialah diantara
bacaan 7 hingga 9. Sememangnya batu zamrud adalah sangat berharga dan
tidak ramai yang dapat memilikinya kerana faktor harganya yang agak
tinggi. Zamrud jarang dijumpai didalam saiz yg besar dan batu zamrud
yang paling bernilai/ paling tinggi kualitinya berasal dari negara
colombia yang harganya boleh mencecah sehingga puluhan ribu ringgit.
Emrald atau zamrud merupakan batu permata atau birthstone untuk mereka
yang lahir dalam bulan mei. Walaubagaimanapun batu ini tetap sesuai
dipakai oleh sesiapa sahaja tanpa mengira bulan kelahiran. Pada masa
dahulu, zamrud hanya dipakai oleh golongan bangsawan,raja-raja dan
pembesar negara sebagai simbol keagungan dan kekuasaan. Para pemakai
batu zamrud juga percaya dan yakin batu ini akan memberi keuntungan da
keyakinan yang tinggi.
6. BATU BADAR BESI
Batu badar besi juga biasa disebut sebagai batu pati ayam atau
istilah sainsnya ialah magnetsteen kerana apabila diajukan besi magnet
padanya, batu tersebut akan bergerak berputar-putar. Masyarakat umum
mengenali batu badar besi dalam golongan pusaka mistik yang diyakini
memberi khasiat dan kelebihan yang banyak. Batu badar besi mengandungi unsur ferum dengan kandungan oksigen
yang tinggi sehingga memiliki warna abu kehitaman dan memiliki kekerasan
5-6 skala Mohs. Sebenarnya batu badar besi banyak dijumpai
didaerahbrazil, mexico, Australia dan amerika yang mana dekat dgn kawasan pergunungan yang sering terjadi banjir lahar ratusan tahun dahulu. Cerita masyur yang diketahui mengenai khasiat batu badar besi adalah banyak sekali. Yang paling utamanya ialah anti senjata tajam atau kebal bahkan kebal kepada peluru. Lainnya ialah
sebagai pagar diri, mampu melindungi pemiliknya dari bahaya sihir, anti
cukur dan menghindarkan aura jahat.
7. BATU KECUBUNG
Amethyst yang juga dikenali sebagai kecubung merupakan batu yang
berwarna ungu. Kecubung berasal dari perkataan Greek yang bermaksud
penawar dimana wujud kepercayaan lama menunjukkan arak yang diminum di
dalam gelas amethyst tidak akan menyebabkan sipeminumnya menjadi mabuk.
Amethyst atau kecubung mempunyai kekerasan 7 pada skala Mohs. Kecubung
dipercayai telah mula digunakan sejak zaman awal Mesir kuno. Kecubung
yang berkualiti hanya boleh didapati di negara-negara
seperti Brazil, Uruguay, Siberia, Russia
dan India. Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai
bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau.
Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik.
Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga
semestinya bewarna ungu kebiru-biruan. Batu Kecubung/ Amethyst
merupakan birthstone untuk mereka yang lahir pada bulan Februari. Dimata umum masyarakat, kelebihan dan keistimewaan kecubung ialah untuk
pengasihan dan bisa mewujudkan aura menawan kepada pemakainya.
8. DELIMA MERAH
Ruby atau batu delima merah dikenali kerana warna merahnya yang
menggambarkan perasaan cinta, kuasa dan kemegahan. Inilah raja segala
batu permata atau dikenali sebagai "king of germstone"yang begitu
popular diseluruh nusantara bahkan seantero dunia. Delima merah amat
sinonim dan mashyur dalam masyarakat melayu kerana kecantikan fizikal
batu ini dan khasiat yang menjalarinya, batu ini juga sebenarnya
terdapat dalam warna merah jambu (pink) dan merah hati (merah
tua). Delima adalah batu permata yang sangat keras dengan ukuran 9 pada
bacaan skala Mohs. Delima yang paling popular tentunya berasal dari
negara Burma (sekarang Myammar) kerana kualiti dan
kecantikan batunya. Walaubagaimanapun terdapat juga bekalan batu delima
yang berkualiti yang dilombong dari negara lain seperti negara Afrika
selatan, pakistan, Afghanistan, Tanzania dan negara India. Ruby atau
delima merupakan birthstone ataupun batu untuk mereka yang lahir
pada bulan Julai. Didalam pengentahuan masyarakat melayu nusantara,
Delima merah berada dalam mitos khasiat yang paling tinggi iaitu untuk
pelindung diri dari ancaman jahat termasuk sihir, bagi pembesar atau
pemerintah, Ruby dikatakan dapat membuka aura keagungan yang menjadikan
orang ramai patuh pada pemakainya. Kelebihan Delima merah yang
paling masyur dalam masyarakat melayu ialah kebal umum dan bagi golongan
peniaga pula dikatakan untuk kekayaan. Ruby atau batu delima terbaik
adalah dari negara burma dimana harganya mengikut timbangan karat.
9. CHRYSOBERYL CAT'S EYE (MATA KUCING)
Batu mata kucing atau 'cats eye' diberi nama kerana apabila didalam
kegelapan dan ada sedikit cahaya, maka akan muncullah segaris sinar pada
batu ini mirip mata haiwan bernama kucing. inilah uniknya batu ini
sehingga ramai yang tergila-gila mencarinya. Batu cats eye ini banyak
terdapat dalam warna coklat kehitaman, kuning madu dan warna hijau muda.
cats eye mempunyai ketahan yang kuat kerana batu ini mempunyai
kekerasan pada ukuran 8-9 pada skala Mohs. Chrysoberyl merupakan batu
permata yang mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dengan kualiti yang
sangat baik. Negara pengeluar utama batu mata kucing ini
termasuklah Russia, Tanzania, Sri Lanka, India, Brazil, dan Timur
Afrika. Cats eye @ Chrysoberyl menjadi batu yang digemari oleh ramai
peminat dan pengumpul yang profesional. Ini kerana batu permata ini
sangat sukar untuk didapati dan harganya yang agak mahal. Cat's eye yang
baik mempunyai cahaya sebagai jaluran di bahagian tengah. Apabila
membeli batu yang asli, pastikan "mata kucing" pada batu tersebut berada
di bahagian tengah dan "mata" tersebut boleh "terbuka" dan "tertutup"
apabila batu itu dicondongkan. Kelebihannya dimata umum dikatakan banyak
sekali seperti memberikan keyakinan dan menjadikan lawan /musuh gerun
dan takut pada kita serta memberi aura penarik kepada pemakainya juga
dikaitkan dengan kesihatan (menghindar penyakit fizikal dan mengelak
sihir).
10. BATU TIGER EYE (MATA HARIMAU)
BATU TIGER EYE juga dikenali sebagai batu mata harimau ini tergolong
dalam keluarga Quartz. Batu ini diberi nama kerana warna dan jaluran
cahaya yang meliputinya apabila dipandang seolah-olah seperti mata sang
harimau yang sedang merenung tajam. Warna dominan bagi batu ini ialah
kuning yang bercampur dengan hitam dan campuran coklat serta
oren. Kekerasan skala mohs bagi batu tiger eye ialah pada bacaan 7 yang
banyak dijumpai di negara afrika selatan, russia, australia barat,
negara jerman dan china. Tiger's eye sesuai dipakai oleh semua golongan
dan berbagai peringkat lapisan masyarakat. Khasiat dan kekuatan yang
menjalarinya dipercayai menjadikan pemakainya akan digeruni lawan dan
dihormati kawan, segala perintah dan kata-kata sipemakainya akan mudah
diterima dan dipatuhi orang. Batu ini juga dipercayai menjadi senjata
menangkis pebuatan sihir dan jahat.
11. BATU JARUM MAS
Batu jarum mas termasuk dalam kumpulan batu-batu jenis Quartz iaitu
ia adalah jenis Rutilated Quartz. Terdapat banyak warna batu dalam
kumpulan quartz ini seperti warna merah jambu, kuning, biru dan hijau
serta hitam dan putih tetapi batu jarum mas biasanya mempunyai warna
dominan jernih keputihan dengan didalamnya terdapat hablur warna kuning
yang terbentuk memanjang seolah-olah seperti bentuk jarum. Batu jarum
mas mempunyai paling banyak jenis dan nama kerana quartz ialah salah
satu unsur mineral yang paling banyak didapati dibahagian kerak bumi.
kekerasan batu jenis ini berada pada ukuran 7 skala Mohs.
terdapat catatan menyatakan quartz adalah bahan yang biasa digunakan
sebagai bahan mistik dalam mitologi orang asli Australia yang
menunjukkan batu ini mempunyai khasiat dan kelebihan yang besar dalam
dunia mistik. didalam masyarakat melayu nusantara, Batu jarum mas
dipercayai menjadi alat pertahanan diri dan untuk keselamatan
pemakainya.
12. BATU NILAM (SHAPHIRE)
Nilam juga biasa disebut sebagai sapphire atau safir. Batu nilam
amat dikenali didunia perbatuan sebagai batu yang digemari ramai
pencinta batu permata dan sukar untuk diperolehi. Struktur mineralnya
adalah berbentuk kristal tunggal aluminium oksida yang mana menyebabkan
nilam memiliki kekerasan yg cukup tinggi iaitu bacaan 9 pada skala Mohs.
Nilam dipasaran ketika ini banyak berasal dari negara Burma, Srilangka, Thailand,Russia, kalimantan Indonesia dan juga
Afrika. Batu permata Nilam yg terkenal didunia adalah blue
shaphire (safir berwarna biru) yang mana struktur mineral dan seratnya
memiliki keunikan pancaran cahaya yang berbeza-beza menjadikannya
kelihatan amat mempersonakan. Terdapat juga nilam berwarna hitam, kuning
dan putih tetapi harganya tidak standing dengan nilam berwarna
biru. Kelebihan dan mitos yang menjalar pada batu nilam ini diyakini
dapat menjernihkan fikiran, meningkatkan kekuatan fizikal dan kedamaian
hati, membawa kebahagiaan, meningkatkan keyakinan dan tujuan hidup.
Raja-raja dan para pemerintah negara memakai nilam untuk menampilkan
wibawa dan sebagai pertahanan yg kuat terhadap bahaya. Keistimewaan
dimata umum yang paling utama bagi batu nilam ini ialah menyerlahkan
aura penarik bagi pemakainya. Batu yang istimewa ini
ialah birthstone atau batu yang sesuai untuk mereka yang lahir pada
bulan september.
13. BATU PIRUS (TURQUOISE)
Batu Pirus juga dipanggil sebagai "turqouise"dikenali ramai pecinta
batu permata sebagai batu yang berwarna biru dan hijau dengan jaluran
urat yang menarik dan unik terbentuk padanya. Batu pirus mempunyai
campuran mineral tembaga, aluminium dan ferum (besi) yang memberikan
peranan terhadap pembentukan warnanya. semakin biru warnanya menunjukkan
kandungan tembaga didalamnya adalah tinggi dan jika warna hijaunya yang
menonjol, menunjukkan kandungan ferum (besi) pula tinggi. Batu pirus direkodkan mempunyai kekerasan pada bacaan 5-6 pada skala
Mohs. Ia banyak di jumpai di negara Iran, Afghanistan, Israel, Amerika dan negara Mexico. Biasanya batu ini banyak dipakai oleh mereka yang
berumur 40 tahun keatas. Peminat batu ini begitu teruja dengan pirus
kerana keindahan dan keunikan urat-urat batunya yang terbentuk dengan
menarik dan cantik. Batu pirus yang paling terkenal dan tinggi harganya
dipasaran ialah pirus berwarna biru atau hijau dari negara Iran yang
tidak memiliki jaluran atau corak diatasnya. Khasiat yang menjalari batu
istimewa ini dipercayai membantu dalam proses penyembuhan penyakit,
memberikan ketenangan minda dan membuka aura kekuatan diri khususnya
kekuatan dalaman atau rohani.
No comments:
Post a Comment